Kalimah Testo

Testo Kalimah

Kita cuma insan yang hidup di akhir zaman
Menghabiskan sisa peninggalan ilmu
Sebelum diri dimamah usia
Pernahkah kau fikir amalanmu?
Islam itu indah bukan hanya di mata
Dan juga di hati kita semua
Dekatkan dirimu cintakanlah Allah
Tanda bersyukur kepada-Nya
Hindar segala benci, biar ia pergi
Pasti ada hikmah di sebaliknya
Masa kan berlalu walau kau tersungkur
Jangan cepat mengalah dengan dugaan-Nya
Laungkanlah kalimah itu
Kibarkan sepanduk suci
Laungkan Allah Yang Esa
Moga kitakan di sisi-Nya
Di dalam dunia penuh pancaroba
Berhati-hati takut tersalah langkah
Imanmu dicabar bukannya kau lalai
Harungi dengan bijak pandai
Mungkin suatu hari dirimu diuji
Usahlah kau lupa atau kabur mata
Miskin kaya sama sahaja
Yang penting kita semua seagama
Artisti per lettera
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Privacy Policy
Privacy & Cookie Policy